GST 03- 22nd May 2018 News

Expired

 

 

23rd Mei 2018 Click on me to download the latest software

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%

English FAQ

Malay FAQ

Tanpa prejudis.

Nota: FAQ bertarikh 17 Mei 2018 adalah dibatalkan.

1. KEDUDUKAN GST

1.1. S : Apakah maksudnya kenyataan MOF / Apakah yang terjadi kepada CBP?
      J : Semua pembekalan barang dan perkhidmatan yang kini tertakluk pada kadar standard (6%) menjadi                     berkadar standard (0%) mulai 01 Jun 2018. Barang yang diimport juga dikenakan CBP berkadar standard               0%. 

1.2. S : Adakah kenyataan MOF terpakai kepada pembekalan yang dikecualikan?
J : Pembekalan dikecualikan kekal sebagai tidak tertakluk kepada CBP dan TIDAK berubah kepada berkadar standard 0%.

1.3. S : Adakah perlu saya menunggu untuk mendapat surat dari JKDM untuk berubah kepada berkadar sifar?
J : Tidak, sila kenakan GST atas kadar standard 0%.

2. PENDAFTARAN

2.1. S : Adakah saya perlu memohon untuk membatalkan pendaftaran saya? J : Tidak, sila teruskan sehingga diberitahu kelak.

2.2. S : Saya telah memohon untuk berdaftar untuk GST tetapi belum mendapat kelulusan, apakah perlu saya buat?
J : JKDM akan memproses permohonan tersebut.

2.3. S : Saya telah lewat mohon berdaftar dan telah dikenakan penalti lewat daftar. Bolehkah penalti tersebut diremit?
J : Ianya merupakan kuasa budi bicara Ketua Pengarah di bawah Seksyen 62
(2) ACBP 2014. Permohonan remisi perlu dibuat.

2.4. S : Saya ingin memohon untuk berdaftar secara sukarela di bawah Seksyen 24 ACBP 2014. Perlukah saya mengemukakan permohonan?
J : Tidak, pihak tuan tidak perlu memohon untuk berdaftar secara sukarela.

3. PEMBATALAN PENDAFTARAN

3.1. S : Saya telah terhenti dari menjadi orang kena cukai. Apakah layanan CBP ke atas aset perniagaan?
J : Perlu mengakaunkan pada kadar standard 0%.




4. INVOIS CUKAI

4.1. S : Adakah perlu dibuat pindaan ke atas invois cukai kepada 0%?
J : Ya, invois cukai masih perlu dikeluarkan dan kadar standard 6% dipinda kepada 0%.

4.2. S : Saya telah membuat pembekalan selepas 01 Jun 2018 dan mengenakan CBP pada kadar 6% dan satu invois cukai telah dikeluarkan kepada pembeli. Ini bermakna saya telah TERSILAP mengenakan CBP. Perlukah saya mengakaunkan cukai yang dipungut pada kadar 6%?
J : 1. Ya. Sekiranya credit note TIDAK dapat dikeluarkan kepada pembeli, CBP pada kadar 6% perlu diakaunkan.
2. Sekiranya credit note boleh dikeluarkan dan syarikat telah mengakaunkan CBP berkenaan, syarikat boleh membuat pelarasan melalui GST-03.

4.3. S : Saya telah menjual barang dan telah mengeluarkan invois cukai pada 01 Mei 2018. Barang berkenaan telah dipulangkan oleh pembeli pada 30 Jun 2018. Adakah credit note perlu dikeluarkan atas kadar standard 6% atau kadar standard 0%?
J : Kadar standard 6% kerana ia berkaitan dengan invois cukai yang telah dikeluarkan pada 01 Mei 2018.

4.4. S : Saya telah menghantar barang jualan saya kepada pembeli pada tarikh 25 Mei 2018. Apakah layanan CBP sekiranya invois cukai dikeluarkan pada 01 Jun 2018?
J : Kadar CBP adalah 6%.

4.5. S : Invois cukai telah dikeluarkan ke atas pembekalan barang sebelum tarikh 01 Jun 2018. CBP telah dikenakan pada kadar 6%. Bayaran dan pemindahan barang hanya dibuat selepas 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP ke atasnya?
J : CBP atas kadar standard 0%.

4.6. S : Invois cukai telah dikeluarkan ke atas pembekalan perkhidmatan sebelum tarikh 01 Jun 2018. CBP telah dikenakan pada kadar 6%. Bayaran dan perkhidmatan dilaksanakan hanya dibuat selepas 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP ke atasnya?
J : CBP pada kadar 0% perlu diakaunkan.

4.7. S : Invois cukai dikeluarkan pada 15 Jun 2018 berkaitan dengan perkhidmatan utiliti yang diberikan bermula 15 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018. Apakah layanan CBP terhadapnya?
J : Layanan CBP berkadar 6% sehingga 31 Mei 2018. Mulai 01 Jun 2018, CBP adalah berkadar 0%. Syarikat utiliti hendaklah membuat pelarasan dalam bil tempoh yang berikutnya.

4.8. S : Syarikat telah membekalkan barang / perkhidmatan sebelum 01 Jun 2018. Invois cukai akan dikeluarkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh penghantaran barang / perkhidmatan dilaksanakan. Apakah layanan CBP dikenakan ke atas pembekalan berkenaan?
J : CBP adalah berkadar 6%.

4.9. Syarikat telah membekalkan barang / perkhidmatan sebelum 01 Jun 2018 dan bayaran penuh telah diterima. Invois cukai akan dikeluarkan selepas 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP dikenakan ke atas pembekalan berkenaan?
J : CBP adalah berkadar standard 6%.

4.10. S : Apakah kadar CBP ke atas bil invois kediri?
J : Kadar CBP dalam bil invois kediri adalah 0%.

5. TUNTUTAN CUKAI INPUT DI BAWAH SEKSYEN 38

5.1. S : Sekiranya pembekalan yang dibekalkan ditetapkan pada kadar sifar, apakah saya masih boleh menuntut cukai input?
J : Ya, tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya mematuhi Seksyen 39 dan Peraturan 38, Peraturan CBP 2014.

5.2. S : Adakah syarikat yang membuat pembekalan bercampur (mixed supply) masih perlu membuat pengagihan (apportionment) cukai input dituntut?
J : Ya, cukai input masih perlu dibuat pengagihan kerana pembekalan kadar standard 0% adalah pembekalan bercukai.

5.3. S : Berhubung soalan 5.2, perlukah saya membuat pelarasan tahunan?
J : Ya.

6. PENYATA

6.1. S : Perlukah saya menghantar penyata GST-03?
J : Ya. Orang berdaftar masih dikehendaki menghantar penyata GST-03 sehingga dimaklumkan kelak. Jualan berkadar standard 0% mulai 01 Jun 2018 hendaklah diisi dalam kolum 5 (a) GST-03.

6.2. S : Saya telah dikenakan kompaun lewat hantar penyata di bawah Seksyen 41(6) ACBP 2014. Bolehkah kompaun tersebut diremit?
J : Kuasa untuk mengenakan kompaun adalah kuasa budi bicara Pendakwa Raya.

6.3. S : Saya telah dikenakan penalti lewat bayar di bawah Seksyen 41(7) ACBP 2014. Bolehkah penalti tersebut diremit?
J : Ianya merupakan kuasa budi bicara Ketua Pengarah di bawah Seksyen 62
(2) ACBP 2014. Permohonan remisi perlu dibuat.

6.4. S : Di ruangan manakah dalam penyata GST-03 perlu diikrar untuk pembekalan yang telah bertukar ke kadar standard 0%? J : Ikrar dibuat di ruangan 5 (a) GST-03.

6.5. S : Di ruangan manakah dalam penyata GST-03 perlu diikrar untuk pembekalan yang sebelum ini adalah berkadar sifar 0%? J : Ikrar masih dibuat di ruangan 10 GST-03.

6.6. S : Tempoh bercukai saya adalah 01 April 2018 hingga 30 Jun 2018. Bagaimana harus saya ikrar penyata GST-03?
J : Tuan hendaklah mengikrar jumlah jualan berkadar standard 6% sebelum 01 Jun 2018 dan jualan berkadar standard 0% mulai 01 Jun 2018 di
ruangan 5 (a) GST-03. Ruangan 5 (b) adalah untuk pengikraran cukai yang perlu dibayar bagi tempoh April hingga Mei.

7. SEKSYEN 66 ACBP 2014

7.1. S : Saya telah keluarkan invois cukai pada kadar 6%, barang telah diserahkan kepada pembeli semasa kadar cukai 0%. Apakah yang perlu saya lakukan? J : Cukai perlu dikenakan pada kadar 0%. Credit note perlu dikeluarkan.

7.2. S : Barang telah dipindahkan kepada pembeli semasa kadar cukai 6%, tetapi invois cukai dikemukakan semasa kadar cukai 0%. Apakah yang perlu saya lakukan?
J : Cukai perlu dikenakan pada kadar lama iaitu 6%.

7.3. S : Barang telah dipindahkan kepada pembeli semasa kadar cukai 6%, dan invois cukai dikeluarkan semasa kadar cukai 6%. Walaubagaimanapun, pembayaran hanya diterima semasa kadar cukai 0%. Apakah yang perlu dilakukan?
J : Cukai perlu dikenakan pada kadar lama iaitu 6%.

7.4. S : Saya telah membekalkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai kaitan (connected person) secara percuma. Apakah layanan CBP dan perlukah saya mengakaunkan cukai output ke atasnya? J : Pembekalan tersebut adalah berkadar standard 0%.

7.5. S : Apakah layanan CBP ke atas hadiah barang yang melebihi RM500?
Perlukah saya mengakaunkan cukai output?
J : Cukai output perlu diakaunkan pada kadar standard 0%.

8. IMPAK PADA SKIM

8.1. S : Adakah syarikat yang berdaftar masih boleh menuntut tambahan kadar rata (2%) sebagai cukai input?
J : Ya, kerana tambahan kadar rata 2% masih berkuatkuasa kerana tiada pindaan dibuat di bawah Peraturan 99, Peraturan CBP 2014.

8.2. S : Saya merupakan pemegang skim ATS/ATMS/MS/AJS/WS, adakah saya masih perlu mengemukakan penyata bulanan skim?
J : Ya.

8.3. S : Saya merupakan pemilik outlet yang diluluskan di bawah Skim Bayar Balik Pelancong (TRS), apakah kadar CBP yang perlu dikenakan ke atas pembelian barang-barang yang layak di bawah skim TRS? J : Kadar standard 0%.

8.4. S : Adakah pelancong masih boleh menuntut pembayaran balik cukai?
J : Pelancong masih boleh menuntut bayaran balik cukai melalui Tourist Refund Scheme (TRS) sekiranya pembelian dibuat daripada outlet yang berdaftar dan kadar CBP 6%, dikenakan serta tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan.


8.5. Sekiranya pelancong membuat pembelian pada masa CBP dikenakan pada kadar 6% dan pelancong keluar dari Malaysia semasa CBP dikenakan pada kadar 0%. Adakah pelancong masih boleh menuntut CBP yang dikenakan?
J : Ya, sekiranya pembelian dibuat 3 bulan sebelum pelancong keluar dari Malaysia.

8.6. S : Layanan CBP ke atas pengimportan barang yang dibuat oleh pemegang ATS adalah digantung (suspended). Apakah layanan selepas ianya berkadar sifar?
J : CBP berkadar standard 0%.

8.7. S : Saya merupakan penjual kereta terpakai di bawah Skim Margin di bawah Peraturan 75, Peraturan CBP 2014. Adakah saya perlu akaun CBP atas margin?
J : CBP ke atas margin berkadar standard 0%.

- Pembekalan Di Gudang Berlesen

8.8. S : Pembekalan rokok dan minuman keras yang dibuat di dalam gudang berlesen adalah merupakan pembekalan yang diabaikan. Selepas 01 Jun 2018, apakah layanan GST ke atas pembekalan tersebut? J : Pembekalan tersebut adalah pembekalan yang diabaikan.

8.9. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang dibuat di dalam gudang berlesen?
J : Tiada CBP dikenakan.

8.10. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan dibuat di dalam gudang berlesen?
J : Pembekalan berkadar standard 0%.

8.11. S : Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 atau K9 telah diikrar dan diluluskan oleh pegawai penaksir sebelum 1 Jun 2018 tetapi CBP belum dibayar?
J : Kekal berkadar standard (6%).

- Pengimportan / Pemindahan Barang Dari Gudang Berlesen

8.12. S : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari gudang berlesen ke kawasan utama kastam?
J : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

8.13. S : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari gudang berlesen ke gudang berlesen yang lain, zon bebas dan ke kawasan yang ditetapkan?
J : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

8.14. S : Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 atau K9 telah diikrar dan CBP telah dibayar tetapi barang telah dipindahkan keluar dari gudang berlesen semasa pembekalan berkadar standard 0%.?
J : Kekal berkadar standard (6%).
(Nota: Pengimport dinasihati melakukan pemindahan barang dari gudang berlesen ke kawasan utama kastam pada hari yang sama)


8.15. Berkaitan dengan soalan 8.14, bolehkah saya menuntut cukai input?
J : Tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya barang-barang tersebut dipindah oleh orang berdaftar.

- Eksport

8.16. S : Apakah layanan CBP ke atas pengeksportan barang dari gudang berlesen ke suatu tempat di luar Malaysia?
J : Pengeksportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

9. CUKAI INPUT YANG TIDAK DIBENARKAN (BLOCKED INPUT TAX)

9.1. S : Saya telah menjual motokar penumpang yang mana tuntutan cukai input tidak dibenarkan di bawah Peraturan 36, Peraturan CBP 2014. Apakah layanan CBP ke atasnya?
J : Layanan CBP kekal seperti sedia ada iaitu penjualan tersebut bukan merupakan suatu pembekalan. Tuntutan cukai input tidak dibenarkan.

10. PEMBEKALAN YANG DIBUAT DI DALAM KAWASAN YANG DITETAPKAN (DESIGNATED AREA)

10.1. S : Apabila CBP ditetapkan pada kadar standard 0%., apakah layanan CBP ke atas pembekalan yang berkadar standard di kawasan yang ditetapkan?
J : Pembekalan di kawasan yang ditetapkan adalah berkadar standard 0%.
10.2. S : Apakah layanan CBP ke atas jualan rokok dan minuman keras di kawasan yang ditetapkan?
J : Pembekalan berkadar standard 0%.

- Pembekalan Di Kawasan Yang Ditetapkan (Designated Area)

10.3. S : Apabila CBP ditetapkan pada kadar sifar, apakah layanan CBP ke atas pembekalan yang berkadar standard di zon bebas seperti rokok dan minuman keras?
J : Pembekalan di zon bebas adalah berkadar standard 0%.
10.4. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang di dalam zon bebas? J : Tiada CBP dikenakan.
10.5. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan di dalam zon bebas?
J : Pembekalan berkadar standard 0%.

- Pengimportan / Pemindahan Barang Dari Zon Bebas

10.6. S : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas ke kawasan utama kastam?
J : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

10.7. S : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas ke zon bebas yang lain, gudang berlesen dan kawasan yang ditetapkan?
J : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

10.8. Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 telah diikrar dan CBP telah dibayar tetapi barang telah dipindahkan keluar dari zon bebas selepas 01 Jun 2018?
J : Kekal berkadar standard (6%).
(Nota: Pengimport dinasihati melakukan pemindahan barang dari zon bebas ke kawasan utama kastam pada hari yang sama)

10.9. S : Berkaitan dengan soalan 10.8, bolehkah saya menuntut cukai input? J : Tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya barang-barang tersebut dipindah oleh orang berdaftar.

- Eksport

10.10. S : Apakah layanan CBP ke atas pengeksportan barang dari zon bebas ke suatu tempat di luar Malaysia?
J : Pengeksportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

11. PEMBEKALAN DI ZON BEBAS (FREE ZONE)

11.1. S : Apabila CBP ditetapkan pada kadar sifar, apakah layanan CBP ke atas pembekalan yang berkadar standard di zon bebas seperti rokok dan minuman keras?
J : Pembekalan di zon bebas adalah berkadar standard 0%.

11.2. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang di dalam zon bebas?
J : Tiada CBP dikenakan.

11.3. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan di dalam zon bebas?
J : Pembekalan berkadar standard 0%.

- Pengimportan / Pemindahan Barang Dari Zon Bebas

11.4. S : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas ke kawasan utama kastam?
J : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

11.5. S : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas ke zon bebas yang lain, gudang berlesen dan kawasan yang ditetapkan?
J : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

11.6. S : Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 telah diikrar dan CBP telah dibayar tetapi barang telah dipindahkan keluar dari zon bebas semasa pembekalan berkadar standard 0%?
J : Kekal berkadar standard (6%). Pengimport dinasihati melakukan pemindahan barang dari zon bebas ke kawasan utama kastam pada hari yang sama.

11.7. S : Berkaitan dengan soalan 11.6, bolehkah saya menuntut cukai input?
J : Tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya barang-barang tersebut dipindah oleh orang berdaftar.


- Eksport

11.8. S : Apakah layanan CBP ke atas pengeksportan barang dari zon bebas ke suatu tempat di luar Malaysia?
J : Pengeksportan dikenakan cukai berkadar standard 0%.

12. KETETAPAN UMUM / AWAL / DG DECISION / KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH JKDM

12.1. S : Adakah ketetapan umum/awal/DG decision/panduan industri/surat dasar
daripada sektor yang berkaitan dengan layanan CBP yang telah dikeluarkan oleh JKDM masih terpakai?
J : Keputusan-keputusan di atas masih terpakai sehingga diberitahu kelak.

13. NOTIS TUNTUTAN (BOD)/SIASATAN/PENDAKWAAN/RAYUAN TRIBUNAL/KOMPAUN

13.1. S : Saya telah menerima Notis Tuntutan (BOD) dari JKDM menuntut sejumlah cukai dibayar. Adakah saya perlu membayar BOD tersebut? J : Notis Tuntutan (BOD) tersebut masih perlu dibayar.

13.2. S : Syarikat saya telah disiasat oleh JKDM atas kesalahan tidak menghantar penyata GST-03, adakah saya akan terlepas dari tindakan siasatan dari JKDM? J : Tidak.

13.3. S : Syarikat saya telah didakwa oleh JKDM atas kesalahan tidak membayar GST, adakah saya akan terlepas dari pendakwaan JKDM?
J : Tidak.

13.4. S : Syarikat saya telah menfailkan rayuan di tribunal rayuan GST, adakah kes saya masih akan diteruskan?
J : Ya.

13.5. S : Syarikat saya telah menerima tawaran kompaun RM5,000 atas kesalahan gagal hantar penyata. Adakah saya perlu membayar kompaun tersebut?
J : Ya.

14. SENARAI HITAM

14.1. S : Adakah tindakan senarai hitam diteruskan?
J : Ya.

15. TAX AGENT

15.1. S : Apakah yang akan berlaku kepada Tax Agent dan adakah perkhidmatan mereka perlu diteruskan?
J : Tax agent masih diperlukan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan CBP.

16. AUDIT

16.1. S : Adakah Audit GST akan diteruskan selepas 01 Jun 2018?
J : Ya.

16.2. Adakah registran masih perlu menyimpan dokumen/rekod perniagaan selama 7 tahun?
J : Ya.

17. UMUM

17.1. S : Apakah itu SST?
J : SST itu adalah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang kilangan tempatan dan import, manakala cukai perkhidmatan adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu.

17.2. S : Saya telah membeli tiket penerbangan sebelum 01 Jun 2018 dan dijadualkan berlepas selepas 01 Jun 2018. Bolehkah saya menuntut balik nilai CBP yang telah dibayar?
J : Bergantung kepada transaksi jual beli antara penjual dan pembeli tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dimeterai.

17.3. S : Deposit (bayaran pendahuluan) untuk pembekalan barang / perkhidmatan telah dibayar sebelum tarikh 01 Jun 2018dan barang / perkhidmatan dibekalkan selepas tarikh 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP?
J : Bayaran pendahuluan tertakluk kepada CBP atas kadar standard manakala baki bayaran sekiranya dibuat selepas tarikh 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada kadar sifar. Pengguna dinasihati mengadakan rundingan semula dengan pembiaya pinjaman mengenai nilai pinjaman.

17.4. S : Adakah cukai yang dikenakan ke atas barang yang dibawa masuk bersama penumpang di lapangan terbang bertukar ke kadar sifar?
J : Tidak, masih kekal pada kadar 10%. CBP ke atas barang dikenakan pada kadar standard 0%, tetapi duti import ke atas barang yang dibawa masuk bersama penumpang masih dikekalkan pada kadar ad valorem 10%.

17.5. S : Barang yang dibeli dan dikenakan CBP pada kadar standard (6%) kemudian dipulangkan kepada pembekal semasa CBP berkadar sifar (0%). Apakah layanan CBP?
J : Pembekal perlu mengeluarkan credit note yang sama nilai jualannya dan dikaitkan dengan invois.

17.6. S : Adakah Cukai Pelancongan akan diteruskan?
J : Ya.

17.7. S : Bermula dari 01 Jun 2018, apakah layanan CBP terhadap jabatan kerajaan yang berdaftar di bawah ACBP 2014?
J : Pembekalan kepada jabatan kerajaan adalah bercukai berkadar 0% dan pembekalan oleh jabatan kerajaan adalah di luar skop.

17.8. S : Saya bukanlah orang berdaftar CBP. Saya masih mempunyai stok barang
yang telah dikenakan CBP 6% selepas 01 Jun 2018. Bolehkah saya menuntut pulang balik cukai?
J : Tidak.

17.9. S : Untuk caj balikan (reversed charge) adakah perlu diakaunkan CBP?
J : Ya, atas kadar standard 0%.

17.10. S : Perlukah saya menukar tanda harga (price tag) yang pada ketika ini menunjukkan kadar cukai 6%?
J : Sekiranya tindakan segera tidak boleh diambil, syarikat dibenarkan menampal notis di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan menyatakan kadar cukai 6% telah bertukar kepada 0% mulai 01 Jun 2018. Syarikat diberi tempoh sehingga 30 Jun 2018 untuk menukarkan tanda harga.

17.11. S : Adakah pihak insurans perlu membayar balik CBP yang telah dibayar oleh pemegang polisi sekiranya perlindungan insurans tersebut dibuat di bawah suatu perjanjian bagi suatu tempoh bermula 01 Jan 2018 hingga 31 Dec 2018 dan invois cukai dan bayaran dihubungkait dengan suatu pembekalan bagi tempoh tersebut telah dibuat sebelum 01 Jun 2018?
J : Tidak.

17.12. S : Bagaimanakah status bank yang dilantik sebagai agen pemungut GST selepas 01 Jun 2018?
J : Status bank yang dilantik sebagai Agen Pemungut CBP adalah kekal
seperti sedia ada.

17.13. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah Jadual 1 Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014? J : Kadar standard 0%.

17.14. S : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah Jadual 2 Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014? J : Kadar standard 0%.

17.15. S : Merujuk kepada soalan 17.13 dan 17.14, adakah invois cukai perlu dikeluarkan?
J : Ya.

17.16. S : Saya telah menerima bayaran sebanyak RM100,000 untuk pembekalan barang pada 20 Mei 2018. Barang hanya diserah kepada pembeli pada 02 Jun 2018. Apakah layanan CBP ke atas pembekalan tersebut?
J : CBP 6% perlu diakaunkan ke atas bayaran yang diterima. Gunakan pecahan cukai (6/106) untuk menentukan amaun cukai yang perlu diakaunkan.

17.17. S : Saya telah menuntut pelepasan hutang lapuk sebelum 01 Jun 2018. Selepas 01 Jun 2018, penghutang telah membayar semula amaun yang saya tuntut dalam pelepasan tersebut. Apakah layanan CBP ke atas bayaran semula hutang lapuk yang dituntut pelepasan sekiranya bayaran semula dibuat selepas 01 Jun 2018?
J : Bayaran semula hutang lapuk perlu diakaunkan atas kadar 6%.

17.18. S : Apakah layanan CBP ke atas “reimbursement” yang berkaitan dengan pembekalan yang berlaku sebelum 01 Jun 2018?
J : “Reimbursement” yang berlaku selepas 01 Jun 2018 adalah satu pembekalan baru dan tertakluk ke atas CBP atas kadar standard 0%.




- Kod cukai (Mulai 01 Jun 2018)

17.19. S : Apakah kod cukai yang akan digunakan apabila pembekalan berkadar standard (6%) ditukar kepada pembekalan berkadar standard (0%)?
J : Kod SR atau kod yang syarikat gunakan untuk pembekalan tempatan berkadar standard.

17.20. S : Bagi credit note dan debit note yang dikeluarkan pada atau selepas 01 Jun 2018 tetapi berkaitan dengan invois cukai yang dikeluarkan sebelum 01 Jun 2018 yang berkadar 6%, apakah kod cukai yang akan digunakan untuk tujuan pelarasan?
J : Pelarasan untuk tujuan tuntutan cukai hendaklah menggunakan kod “AJP” dan diikrar di ruangan 6 (b) GST-03. Pelarasan untuk tujuan bayaran cukai hendaklah menggunakan kod “AJS” dan diikrar di ruangan 5 (b) GST-03.

17.21. S : Apakah kod cukai yang akan digunakan untuk pembelian berkadar standard 0%?
J : Kod ZP atau kod yang syarikat gunakan untuk pembelian berkadar 0%.

Informasi yang terkandung di dalam FAQ ini bertujuan untuk memberi kefahaman ke atas layanan CBP dan tidak bertujuan untuk membincangkan kesemua isu CBP. Informasi ini adalah betul pada tarikh dikeluarkan. JKDM mempunyai hak untuk meminda atau menarik balik FAQ ini.

Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia.